Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam
dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, serta para sahabat
baginda. Semoga kita dimasukkan ke syurga yang sama dengan Kekasih kita, dengan
izin pencipta ala mini.
Assalamulaikum
dan selamat sejahtera penduduk bumi sekalian.
Minggu
lepas, aku dengan kakak aku dengan kereknya pergi Khizanat di pekan lama Ipoh.
Aku dah pernah pergi Khizanat dengan abang aku, tapi aku lupa jalan dia. Dengan
menggunakan apps daripada play store : Waze, kami selamat sampai ke Khizanat.
Kalau kau taip Khizanat dekat Waze, memang kau takkan jumpa. Kau kena taip
French Hotel. Khizanat berhadapan dengan French Hotel dan terletak di
atas Watson sebelah kanan jalan. French Hotel tu ada di sebelah kiri jalan.
Okay.
 |
Khizanat |
 |
Protopunk karya Adam Kasturi |
 |
Puisi Tepi Jalan karya Fynn Jamal |
 |
Sneak peek apa yang ada dalam Puisi Tepi Jalan |
 |
Sneak peek 2 |
Kau
naik atas tangga tu, benda pertama yang kau akan dengar adalah bunyi kipas air
cond. Kau akan nampak pelbagai jenis lukisan, art yang sangat menarik dan unik.
Kau masuk dalam tersusun meja dan ada banyak t-shirt yang tersusun, buku dekat atas
rak. Dekat hujung tu, kau akan nampak lukisan “Khizanat” yang besar. Selalunya
orang akan ambik gambar dekat situ. Ada buku Rabak-Lit seperti, Puisi Tepi
Jalan karya Fynn Jamal, Protopunk karya Adam Kasturi, Novel Eksperimental, buku
Fixi, dan lain-lain.
Kalau
kau pergi malam, dapatlah kau makan meggi meatball yang famous tu. Kalau ada
event dekat Khizanat, ramai lah orang dekat situ.
 |
Tangga Khizanat |
 |
Waktu ni takde orang, ada dua orang abang je yang jaga |
 |
Abang yang jaga Khizanat |
 |
Ada t-shirt, kasut, beg.
P/S : Abaikan plastik watson tu |
 |
#Random |
 |
Dinding yang orang tinggalkan tanda tangan dan mengatakan yang diorang dah sampai Khizanat, sebelah tu almari buku. |
Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk datang ke Khizanat Ipoh kalau pergi Ipoh. Dekat KL pun ada tapi tak pasti dekat mana. Insya Allah, satu hari nanti, aku pergi Khizanat KL pulak.
Sampai sini sahaja :)
No comments:
Post a Comment