Monday, 10 February 2014

Ex Curator Twt Asasi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, serta para sahabat baginda. Semoga kita dimasukkan ke syurga yang sama dengan Kekasih kita, dengan izin pencipta ala mini.

Assalamulaikum dan selamat sejahtera penduduk bumi sekalian.

Tahun lepas, aku terjumpa dengan sa-kumpulan manusia yang sangat awesome. Datang dari seluruh pelusuk Malaysia, termasuk Sabah, diorang menjadikan hidup aku, somehow lagi colourful daripada biasa. Cemanan aku boleh masuk dalam kalangan diorang? Semuanya bermula dengan Twt Asasi. Aku ex-asasian undang-undang di UiTM Merbok, Kedah. Nanti aku bagitau menngenai Asasi Undang undang. Aku lebih suka gelarkan kumpulan kami Ex Curator Twt Asasi. Sebenarnya group ni ramai tapi yang macam aktif tegur sesame sendiri tu cuma dalam 10 hingga 15 orang.

Lukisan tu kawan aku yang lukis, dia memang minat melukis

Sources cawan tu : Tumblr

Tweet tweet


Twt Asasi adalah satu account yang dibuat oleh seorang hamba Allah untuk mengumpulkan mereka mereka yang sedang belajar asasi, atau sudah pun menjejakkan kaki ke degree selepas tamat asasi. Tidak kiralah asasi mana pun. UiTM ke, UIA ke, UPM ke, PASUM ke. Asalkan anda asasi. Asasi undang-undang ke, asasi Engineer ke, asasi Sains Pertanian ke, asasi Sains ke. Tweethandle untuk twitter twt Asasi adalah sangat mudah, iaitu @twt_asasi. Jadi, jika anda adalah asasian, boleh follow tweethandle tu. Jika anda ada soalan mengenai asasi, juga boleh follow twitter berkenaan, dan bertanya kepada curator yang sedang bertugas. Kalau tak pun, curator yang bertugas akan retweet dan orang lain boleh tolong terangkan kepada anda.

Jika anda asasi dan berminat untuk menjadi curator, anda boleh mention @twt_asasi dan kata anda ingin menjadi curator atau anda boleh mention @AchikKabidi atau @IniSiDlah untuk pertanyaan lebih lanjut.


Apa yang anda dapat dengan menjadi curator? Anda dapat berkongsi pengalaman anda sebagai pelajar asasi, anda dapat berkongsi ilmu pengetahuan anda tentang asasi, atau anda juga boleh berkongsi pengalaman hidup anda sebagai pelajar asasi. Mungkin anda juga ingin berkongsi tips menjawab soalan untuk junior anda. Mana tau :)

Itu sahaja untuk hari ini. 

No comments:

Post a Comment