Tuesday, 11 February 2014

Asasi Undang-undang PI005

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, serta para sahabat baginda. Semoga kita dimasukkan ke syurga yang sama dengan Kekasih kita, dengan izin pencipta ala mini.

Assalamulaikum dan selamat sejahtera penduduk bumi sekalian.

So, dah janji nak cerita pasal Asasi Undang-undang. Ramai je yang dah cerita mengenai asasi ni sebenarnya. Kalau korang cari Asasi Undang-undang, korang akan jumpa banyak blog. Aku akan cuba cerita mengenai Asasi Undang-undang dari A sampai Z. Eicewah. Asasi ni dia lebih kurang Matriks, aku cerita yang UiTM, kalau UIA, dia ada dua tahun, dia ada setahun setengah, kena tanya orang yang ambik asasi dekat UIA. Asasi Undang-undang, asasi TESL, asasi Sains dekat UiTM semua setahun, dalam erti kata lain, dua sem. Satu sem tu kau akan dapat duit elaun, RM 1 900+ termasuk duit untuk yuran pengajian dan kolej.

Aku specific kan kepada Asasi Undang undang.

Untuk korang memasuki kos Asasi Undang-undang, korang memerlukan Cuma 5A untuk keputusan SPM korang. Yang basic. Apa yang wajib A? BM, BI, Sejarah, yang lain tu boleh jadi add math, Sains. Tapi lagi mudah kalau score yang basic. Itu untuk memasuki Asasi Undang-undang UiTM.

Bila korang dah dapat tawaran tu, dah masuk kuliah apa semua, semester satu korang aka nada 7 subjek. 1 subjek agama (CTU), 2 subjek English(ECL), 3 subjek law, dan 1 subjek komputer. Code masa aku belajar dulu

CTU085
BEL260 (Preparation for MUET)
BEL313 (Critical Thinking)
LAW016 (Malaysian Legal System)
LAW012 (Introduction to LAW)
LAW038 (Legal Research)
CSC (Tak ingat code dan ini adalah subjek komputer, yang basic)

Tapi semenjak semester lepas, junior aku, diorang dah tukar BEL jadi ECL, tapi dengan cerita, dia punya basic masih sama. Introduction to LAW tu korang akan jumpa dengan banyak meaning, daripada banyak scholars yang dah mati tu. I mean, ramai. Legal research, korang akan belajar mengenai macam mana nak buat kajian. Tu je lah yang penting. Don’t freak out tapi ada di antara kawan aku yang ulang LAW016 so do your best.

Untuk semester 2 ada 8 subjek, so avoid repeat subjek masa sem 1, because memang akan menyusahkan kau. Ini code yang aku belajar.

BEL332 (Aku dah tak ingat mana satu writing mana satu speaking tapi ada satu subjek writing, satu subjek speaking. Yang speaking tu ada tiga, public speaking, forum and debate)
BEL342
LAW039 (Psychology)
LAW088 (Global)
LAW037 (Introduction to LAW II)
LAW087 (Introduction to LAW III)
CTU086 (Shariah)
ECO (Economy dan tak ingat code)
Seperti semester 1, BEL dah ditukar kepada ELC.

Pengalaman aku, first semester tu aku banyak main, baru masuk U la katakan. Dan akibat sem 2 pun aku tak pulun habis, aku tak dapat nak further study dalam degree law.

Nasihat aku, tumpukan perhatian dekat test. Carry mark tu penting. Kehadiran kau pun penting walaupun 10% tapi kalau dengan 10% tu kau dapat A, penting jugak kan.


Aku terjumpa satu blog yang sangat membantu bagi mereka yang berminat untuk ambik Foundation in LAW. klik sini untuk pergi ke blog tersebut. 

Aku tak beli pun sesetengah buku yang dinyatakan dalam blog tu, bila lecturer kata buku tu wajib, baru aku beli. Tapi macam buku The Underlying Concepts : Law, Morality, Justice, Freedom and Equality by Haswira Nor tu memang wajib beli. Tak lupa juga Federal Constitution, Contract Act  1950, and Penal Code. Kalau korang nak jimat, jangan conteng ketiga-tiga buku ni sebab nanti, kalau korang lepas pergi degree, korang boleh guna buku ni dalam dewan. Yes, degree law boleh bawah buku akta, asasi je tak boleh. 

Aku memang suggest korang check it out blog tu. 

Macam mana nak pergi degree LAW? Untuk further your study in degree LAW, requirement dia adalah CGPA 3.00 dan band 4 untuk MUET. Ini untuk degree LAW UiTM.

Kalau dapat MUET band 4 tapi CGPA kurang boleh sambung law tak? Jawapan dia tak boleh.

Kalau dapat pointer 4.00 tapi tak lepas MUET, boleh further LAW tak? Jawapan dia tak boleh.

Kena lepas dua-dua. Kalau tak lepas? Aku suggest korang mintak U lain. Pastikan pointer mantap, then korang boleh mintak UUM, UKM dan juga UIA. U ni cuma nak band 3. Ada kawan aku yang mantap pointer tapi tak lepas muet pergi UUM. So, itu sahaja. Kalau ada soalan boleh tanya dia bawah :) 

No comments:

Post a Comment