Wednesday, 19 February 2014

Product : My 1st time with NIVEA’s rinse off body lotion

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. 
Greetings and blessings on the Prophet Muhammad, his family, and his companions.

Assalamulaikum and a very good day to the members who are reading this blog.

For this week entry I would like to introduce a product from Nivea. We always heard about hair conditioner, right? But do you know, our body has its own conditioner too? Yes. Nivea have introduced Nivea’s In-Shower Skin Conditioner or you can say it as body lotion In-Shower.

Nivea In Shower Skin Conditioner


As we all know, we, as a student, we are not that concerned about our skin when we are too busy with our assignment, preparation for test, preparation for final examination and many more. As a result many of us have problems with our dry skin body because we do not have the time to put lotions or moisturises, so I would like to suggest Nivea’s In-Shower Skin Conditioner.

To give your skin the moisture it needs, the Nivea In-Shower Body Lotion immediately absorbs into the skin, leaving a nourishing and caring coating on the skin’s surface. So that, you don’t have to wait around for your skin to absorb moisturiser after showering, and with no greasy after-feeling, you can slip clothes straight on and continue your routine as usual. You can also save your time for other things such as assignment, consultation with your lecturer, or even group discussion.

There are two types for skin. One is for normal skin and another one is for dry skin. For normal skin, the ingredients are sea minerals while for dry skin, they put extra ingredients that is almond oil. Be careful when you choosing this product. Check your skin to make sure what type of skin body are you. 

There are four simple steps, but don’t worry, if you buy it, you’ll definitely see the instruction at the back of the bottle. I’ll give you a simple reminder how to use it.

First of all, you need to wash as usual, use your shower gel as usual, and rinse off. Secondly, apply the Nivea In-Shower Body Lotion onto  your body while in the shower. Make sure that the lotion does not get onto the floor. If so, remove any remaining residues from floor using water thoroughly after use. Thirdly, rinse off as usual. You can immediately rinse off without waiting for it to be absorbs because it contains more caring oil and needs to be activated by water so it absorbs immediately with a non-sticky feeling. Lastly, dry off and you can immediately dress off, and do what you need to do without feeling uncomfortable anymore.

This is actually my first body lotion in-shower. When I first I apply it onto my skin, I feel my skin body is twice softer than usual. I do not have to wait for it, I just need to rinse off, get myself dry and I am ready to go. I feel so comfortable without stickiness and I can surely feel the oil absorbs onto my skin body even though that's my first time using it. Moreover, the body lotion is also fragrant. Now I don’t have to worry about my dry skin and I can save lots of my time for other important things.


That’s why I highly recommend for other users especially students who often do not have time to care for their skin to buy this product. The price for this product is suitable for us, students that is RM16.90. Currently, guardian are throwing discounts for this product. You can buy this product for RM11.88. 

You might interested to know how the Nivea Skin Conditioner Body Lotion works. This video can show you how. You can click here

That's all for now, thank you :) 

Tuesday, 11 February 2014

Asasi Undang-undang PI005

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, serta para sahabat baginda. Semoga kita dimasukkan ke syurga yang sama dengan Kekasih kita, dengan izin pencipta ala mini.

Assalamulaikum dan selamat sejahtera penduduk bumi sekalian.

So, dah janji nak cerita pasal Asasi Undang-undang. Ramai je yang dah cerita mengenai asasi ni sebenarnya. Kalau korang cari Asasi Undang-undang, korang akan jumpa banyak blog. Aku akan cuba cerita mengenai Asasi Undang-undang dari A sampai Z. Eicewah. Asasi ni dia lebih kurang Matriks, aku cerita yang UiTM, kalau UIA, dia ada dua tahun, dia ada setahun setengah, kena tanya orang yang ambik asasi dekat UIA. Asasi Undang-undang, asasi TESL, asasi Sains dekat UiTM semua setahun, dalam erti kata lain, dua sem. Satu sem tu kau akan dapat duit elaun, RM 1 900+ termasuk duit untuk yuran pengajian dan kolej.

Aku specific kan kepada Asasi Undang undang.

Untuk korang memasuki kos Asasi Undang-undang, korang memerlukan Cuma 5A untuk keputusan SPM korang. Yang basic. Apa yang wajib A? BM, BI, Sejarah, yang lain tu boleh jadi add math, Sains. Tapi lagi mudah kalau score yang basic. Itu untuk memasuki Asasi Undang-undang UiTM.

Bila korang dah dapat tawaran tu, dah masuk kuliah apa semua, semester satu korang aka nada 7 subjek. 1 subjek agama (CTU), 2 subjek English(ECL), 3 subjek law, dan 1 subjek komputer. Code masa aku belajar dulu

CTU085
BEL260 (Preparation for MUET)
BEL313 (Critical Thinking)
LAW016 (Malaysian Legal System)
LAW012 (Introduction to LAW)
LAW038 (Legal Research)
CSC (Tak ingat code dan ini adalah subjek komputer, yang basic)

Tapi semenjak semester lepas, junior aku, diorang dah tukar BEL jadi ECL, tapi dengan cerita, dia punya basic masih sama. Introduction to LAW tu korang akan jumpa dengan banyak meaning, daripada banyak scholars yang dah mati tu. I mean, ramai. Legal research, korang akan belajar mengenai macam mana nak buat kajian. Tu je lah yang penting. Don’t freak out tapi ada di antara kawan aku yang ulang LAW016 so do your best.

Untuk semester 2 ada 8 subjek, so avoid repeat subjek masa sem 1, because memang akan menyusahkan kau. Ini code yang aku belajar.

BEL332 (Aku dah tak ingat mana satu writing mana satu speaking tapi ada satu subjek writing, satu subjek speaking. Yang speaking tu ada tiga, public speaking, forum and debate)
BEL342
LAW039 (Psychology)
LAW088 (Global)
LAW037 (Introduction to LAW II)
LAW087 (Introduction to LAW III)
CTU086 (Shariah)
ECO (Economy dan tak ingat code)
Seperti semester 1, BEL dah ditukar kepada ELC.

Pengalaman aku, first semester tu aku banyak main, baru masuk U la katakan. Dan akibat sem 2 pun aku tak pulun habis, aku tak dapat nak further study dalam degree law.

Nasihat aku, tumpukan perhatian dekat test. Carry mark tu penting. Kehadiran kau pun penting walaupun 10% tapi kalau dengan 10% tu kau dapat A, penting jugak kan.


Aku terjumpa satu blog yang sangat membantu bagi mereka yang berminat untuk ambik Foundation in LAW. klik sini untuk pergi ke blog tersebut. 

Aku tak beli pun sesetengah buku yang dinyatakan dalam blog tu, bila lecturer kata buku tu wajib, baru aku beli. Tapi macam buku The Underlying Concepts : Law, Morality, Justice, Freedom and Equality by Haswira Nor tu memang wajib beli. Tak lupa juga Federal Constitution, Contract Act  1950, and Penal Code. Kalau korang nak jimat, jangan conteng ketiga-tiga buku ni sebab nanti, kalau korang lepas pergi degree, korang boleh guna buku ni dalam dewan. Yes, degree law boleh bawah buku akta, asasi je tak boleh. 

Aku memang suggest korang check it out blog tu. 

Macam mana nak pergi degree LAW? Untuk further your study in degree LAW, requirement dia adalah CGPA 3.00 dan band 4 untuk MUET. Ini untuk degree LAW UiTM.

Kalau dapat MUET band 4 tapi CGPA kurang boleh sambung law tak? Jawapan dia tak boleh.

Kalau dapat pointer 4.00 tapi tak lepas MUET, boleh further LAW tak? Jawapan dia tak boleh.

Kena lepas dua-dua. Kalau tak lepas? Aku suggest korang mintak U lain. Pastikan pointer mantap, then korang boleh mintak UUM, UKM dan juga UIA. U ni cuma nak band 3. Ada kawan aku yang mantap pointer tapi tak lepas muet pergi UUM. So, itu sahaja. Kalau ada soalan boleh tanya dia bawah :) 

Monday, 10 February 2014

Ex Curator Twt Asasi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, serta para sahabat baginda. Semoga kita dimasukkan ke syurga yang sama dengan Kekasih kita, dengan izin pencipta ala mini.

Assalamulaikum dan selamat sejahtera penduduk bumi sekalian.

Tahun lepas, aku terjumpa dengan sa-kumpulan manusia yang sangat awesome. Datang dari seluruh pelusuk Malaysia, termasuk Sabah, diorang menjadikan hidup aku, somehow lagi colourful daripada biasa. Cemanan aku boleh masuk dalam kalangan diorang? Semuanya bermula dengan Twt Asasi. Aku ex-asasian undang-undang di UiTM Merbok, Kedah. Nanti aku bagitau menngenai Asasi Undang undang. Aku lebih suka gelarkan kumpulan kami Ex Curator Twt Asasi. Sebenarnya group ni ramai tapi yang macam aktif tegur sesame sendiri tu cuma dalam 10 hingga 15 orang.

Lukisan tu kawan aku yang lukis, dia memang minat melukis

Sources cawan tu : Tumblr

Tweet tweet


Twt Asasi adalah satu account yang dibuat oleh seorang hamba Allah untuk mengumpulkan mereka mereka yang sedang belajar asasi, atau sudah pun menjejakkan kaki ke degree selepas tamat asasi. Tidak kiralah asasi mana pun. UiTM ke, UIA ke, UPM ke, PASUM ke. Asalkan anda asasi. Asasi undang-undang ke, asasi Engineer ke, asasi Sains Pertanian ke, asasi Sains ke. Tweethandle untuk twitter twt Asasi adalah sangat mudah, iaitu @twt_asasi. Jadi, jika anda adalah asasian, boleh follow tweethandle tu. Jika anda ada soalan mengenai asasi, juga boleh follow twitter berkenaan, dan bertanya kepada curator yang sedang bertugas. Kalau tak pun, curator yang bertugas akan retweet dan orang lain boleh tolong terangkan kepada anda.

Jika anda asasi dan berminat untuk menjadi curator, anda boleh mention @twt_asasi dan kata anda ingin menjadi curator atau anda boleh mention @AchikKabidi atau @IniSiDlah untuk pertanyaan lebih lanjut.


Apa yang anda dapat dengan menjadi curator? Anda dapat berkongsi pengalaman anda sebagai pelajar asasi, anda dapat berkongsi ilmu pengetahuan anda tentang asasi, atau anda juga boleh berkongsi pengalaman hidup anda sebagai pelajar asasi. Mungkin anda juga ingin berkongsi tips menjawab soalan untuk junior anda. Mana tau :)

Itu sahaja untuk hari ini. 

Friday, 7 February 2014

Khizanat, Ipoh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, serta para sahabat baginda. Semoga kita dimasukkan ke syurga yang sama dengan Kekasih kita, dengan izin pencipta ala mini.

Assalamulaikum dan selamat sejahtera penduduk bumi sekalian.

Minggu lepas, aku dengan kakak aku dengan kereknya pergi Khizanat di pekan lama Ipoh. Aku dah pernah pergi Khizanat dengan abang aku, tapi aku lupa jalan dia. Dengan menggunakan apps daripada play store : Waze, kami selamat sampai ke Khizanat. Kalau kau taip Khizanat dekat Waze, memang kau takkan jumpa. Kau kena taip French Hotel. Khizanat berhadapan dengan French Hotel dan terletak di atas Watson sebelah kanan jalan. French Hotel tu ada di sebelah kiri jalan. Okay.


Khizanat

Protopunk karya Adam Kasturi

Puisi Tepi Jalan karya Fynn Jamal
Sneak peek apa yang ada dalam Puisi Tepi Jalan

Sneak peek 2


Kau naik atas tangga tu, benda pertama yang kau akan dengar adalah bunyi kipas air cond. Kau akan nampak pelbagai jenis lukisan, art yang sangat menarik dan unik. Kau masuk dalam tersusun meja dan ada banyak t-shirt yang tersusun, buku dekat atas rak. Dekat hujung tu, kau akan nampak lukisan “Khizanat” yang besar. Selalunya orang akan ambik gambar dekat situ. Ada buku Rabak-Lit seperti, Puisi Tepi Jalan karya Fynn Jamal, Protopunk karya Adam Kasturi, Novel Eksperimental, buku Fixi, dan lain-lain.

Kalau kau pergi malam, dapatlah kau makan meggi meatball yang famous tu. Kalau ada event dekat Khizanat, ramai lah orang dekat situ. 


Tangga Khizanat

Waktu ni takde orang, ada dua orang abang je yang jaga

Abang yang jaga Khizanat

Ada t-shirt, kasut, beg.
P/S : Abaikan plastik watson tu

#Random

Dinding yang orang tinggalkan tanda tangan dan mengatakan yang diorang dah sampai Khizanat, sebelah tu almari buku.
Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk datang ke Khizanat Ipoh kalau pergi Ipoh. Dekat KL pun ada tapi tak pasti dekat mana. Insya Allah, satu hari nanti, aku pergi Khizanat KL pulak.

Sampai sini sahaja :) 

Thursday, 6 February 2014

Ijazah Sarjana Muda (Teknologi Kreatif) Penulisan Artistik : Pengalaman temu duga

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, serta para sahabat baginda. Semoga kita dimasukkan ke syurga yang sama dengan Kekasih kita, dengan izin pencipta ala mini.

Assalamulaikum dan selamat sejahtera penduduk bumi sekalian.

This is my second entry since yesterday. Terasa bersemangat untuk update blog. Tu pun mengenai temu duga Ijazah Sarjana Muda (Teknologi Kreatif) Penulisan Artistik tahun lepas. Itu pun sebab aku rasa mesti ada yang cari mengenai temu duga ni sama macam aku cari sebelum aku pergi temu duga last year. Nervous lah katakan.

Untuk penerapan Asasi undang-undang, kau kena mintak kos yang ada temu duga first choice, jadi pastikan kau betul-betul nak kos ni, baru kau mintak. Kos kedua tu selalunya orang mintak law, yang ketiga Bachelor Admin Science dan sebagainya.

Kau akan dapat keputusan untuk temu duga seminggu sebelum temu duga. Pastikan kau dah buat clearance dan mintak mini transkrip daripada HEA. Jangan lupa! Sebab nanti masa temu duga, dia nak tengok. Lepas tu, jangan lupa apa yang dia mintak. Jangan lupa photostat dan kalau boleh sahkan. Kalau boleh bawak sekali karya yang kau dah buat. Kalau dia mintak no problem lah. Tapi aku hari tu, dia tak mintak pun.

Pada hari kejadian (Cewah) aku bergerak awal daripada rumah saudara aku. Sampai Kampus Puncak Perdana, kitorang breakfast dulu dekat kedai yang dekat. Aku tak makan banyak. Al maklumlah. Nervous. Dah breakfast tu, aku naik pergi studio. Waktu tak ramai lagi.

Aku jumpa dengan orang daripada Sarawak, Sabah. Jauh diorang datang semata nak interview tu. Nampak gaya macam aku seorang je daripada asasi. Ramai yang daripada Dip. Ada akak tu, rupanya dulu sama UiTM Kedah dengan aku. Daripada Perlis. Dulu dia Dip AD. Ada lah kawan sementara nak register tu.

Kenapa aku pesan jangan lupa Photostat dekat atas tu? Sebab aku terlupa nak Photostat mende ntah, aku tak ingat, tapi nasib baik ada makmal computer, aku Photostat dekat situ. Dah ambik masa, kalau tidak lagi awal aku selesai temuduga. K. Dah selesai register, aku tunggu sekejap je, dia dah panggil nama aku. Masa tu cuak, ya rabbi, tak tergambar. K.

Dalam bilik tu ada empat meja yang jauh daripada satu sama lain. Satu meja ada satu penemu duga. Aku dapat perempuan melayu. Aku bagi salam, dan dia suruh duduk. Mula-mula dia suruh aku introduce mengenai diri aku. Tips aku : Bagitau pasal diri kau je. Sebab aku ada nak bagitau pasal adik beradik aku, tapi dia celah, tanya pasal hobi aku, kegemaran aku. So, bagitau lah mengenai hobi kau, kegemaran kau apa. Hobi tu bagitau je semua. Kalau kau minat dengar lagu, bagitau lah minat lagu apa. Lepas tu dia tanya penulis kegemaran aku. Semestinya Hilal Asyraf. Dia tanya kenapa. Lepas dia tanya mengenai penulis kegemaran, dia tanya pasal buku yang ada dekat pasaran sekarang. Aku kata mengenai buku alternative, selain daripada buku yang ada ni cliché dah, dah terlalu banyak cerita yang sama. Sesuka hati je komen buku orang kan. Padahal bukan senang nak tulis satu satu buku tu. Sekejap je interview tu. Dalam 15 minit. Lepas dah habis temuduga tu kau boleh balik dan sambung bosan. Disebabkan aku tengah lapar, nah gambar Subway

Nyummy



Nak dekat 2 bulan lepas tu, baru kau akan dapat keputusan dan Alhamdulillah, aku dapat kos ni. Jyeah! Insya Allah, bulan 3 ni aku mendaftar. 

Ketemu lagi, insya Allah, esok hari di bila bila masa aku rasa nak update blog. Mkay.

A comeback

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, serta para sahabat baginda. Semoga kita dimasukkan ke syurga yang sama dengan Kekasih kita, dengan izin Pencipta alam ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera penduduk bumi Allah sekalian.

It’s been a while since my last update here. Well, it’s 2014! Macam dah terlambat je nak wish Happy New Year, but hey, Happy New Year!

It’s kinda awkward for me to write an entry since I didn’t write anything for the rest of the year since my last update that is on July 2013. Well, banyak benda yang dah terjadi. In this entry I would like to explain why my friends have continued their studies for degree sementara aku baru nak pergi untuk degree. In 2013, after aku dah habis asasi, pada bulan 6, aku dapat tau yang aku ada fail subjek. So, aku kena repeat. Masa tu aku tengah kerja, sebagai guru ganti di SMK Pinji selepas sehari aku selesai jadi guru ganti di SK Simpang Pulai. Disebabkan itu aku lambat masuk degree.

Kanan : Penolong Ketua Pengawas dan rakan

Budak darjah tiga, student yang aku ajar

Darjah dua, kelas yang aku ajar

Main non stop

Hari sukan di SMK Pinji

Perbarisan pada Hari Sukan di SMK Pinji




Selesai repeat, aku cuti lagi. Ya Allah, aku rasa dah dua puluh tahun aku cuti padahal baru nak dekat setengah tahun. Haiyaa. Tahap bosan dia, sampai aku tak nak bergerak. Nak bergerak pun, aku akan fikir dua tiga kali. Aku jumpa dengan ramai talented person. Aku juga jumpa dengan orang yang menjadi punca pertama kenapa aku minta Penulisan Artistik in the first place. Aku pun dapat tawaran temu duga. Aku akan cerita dalam entry seterusnya mengenai temu duga tu.

So, mulai sekarang aku akan cuba untuk update blog aku. Blog ini untuk apa? Mostly pengalaman aku menempuhi Degree, Ijazah Sarjana Muda (Teknologi Kreatif) Penulisan Artistik dengan kepujian, Insya Allah, puisi aku, lagu aku (Insya Allah) dan sebagainya.

Lain daripada entry aku yang sebelum ni.