Thursday, 11 July 2013

Kita

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, serta para sahabat baginda. Semoga kita dimasukkan ke syurga yang sama dengan Kekasih kita, dengan izin Pencipta alam ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera penduduk bumi Allah sekalian.
Kadang-kadang kita tengok dalam dunia ni, ada perempuan yang teringin benar nak jadi lelaki, lalu ditahan apa yang sepatutnya tumbuh, dikasar apa yang sepatutnya lembut, semata kerana nak menjadi berlawanan jantina.
Ada pula lelaki yang ingin benar jadi perempuan, lalu apa yang tidak sepatutnya tumbuh, ditumbuhkan, apa yang sepatutnya kasar, dilembutkan.

Lalu, apakah semua ini akan berkekalan sampai bila-bila?

Tanpa sedar dan tanpa berfikir kenapa Allah menjadikan kita sedemikian rupa.

Tenung kembali dalam diri dan tanya ini kepada diri sendiri,

Allah pencipta aku, Dia tahu tidak kelebihan dan kekurangan aku?
Allah pencipta aku, sebaik-baik perancangan aku, perancangan siapa yang lebih bagus?
Allah pencipta aku, saat diciptakan aku, adakah Dia sudah tahu apa yang akan berlaku?

Jika ada di antara jawapan kita yang menandakan tidak, periksa semula, kita hidup di bumi siapa?

Memang, kita bukan Nabi yang sempurna sampai semua, tapi kita masih hamba Dia. Untuk menjadi sempurna itu mungkin tidak mampu tetapi sekurang-kurangnya, berusaha, itu kita boleh usahakan bersama-sama.

Mulakan dengan yang kecil, kembali kepada fitrah kita wahai adam dan hawa. Insya Allah, kalau kita nak berubah demi Dia, Dia akan hantar orang baik untuk tolong kita.

Kita datang daripada Dia, kita akan kembali kepada Dia, maka, tidakkan sepatutnya kita isi hidup kita dengan ikut syariat Dia ~ Hilal Asyraf


MariKitaBerubah

Langkah-langkah untuk kita berubah itu bagaimana?

Cara yang selalu kita-kita akan buat apabila dia ingin berubah adalah dengan membaca buku.

Antara buku yang suka aku cadangkan

1) Untuk Kita Pendosa : Harapan Selalu Ada oleh Hilal Asyraf
2) Batu Bata Kehidupan oleh Hilal Asyraf
3) Irkan Ma'ana : Naiklah Bersama Kami, Bahtera Menuju Syurga oleh Hilal Asyraf
4) Langit Ilahi oleh Hilal Asyraf
5) Matahari oleh Hilal Asyraf
6) VT oleh Hilal Asyraf
7) Versus oleh Hlovate
8) Anthem oleh Hlovate

Bak kata Ehsan Hafiz,
Say sorry and sleep 

Assalamualaikum

Assalamualaikum

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, serta para sahabat baginda. Semoga kita dimasukkan ke syurga yang sama dengan Kekasih kita, dengan izin Pencipta alam ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera penduduk bumi Allah sekalian.
Hari ini adalah hari ketiga Ramadhan. Moganya ramadhan kali ini adalah yang lebih baik berbanding dengan ramadhan yang lepas. Dan mudahan amalan kali ini lebih berkekalan berbanding dengan ramadhan yang lepas.

Sungguh ingin dikeluar segala rasa yang ada di dalam dada, tetapi terhalang oleh sesuatu yang dinama realiti. Mungkin akan ada sesuatu yang menanti, hanya Dia yang tahu kerana Dia yang merancang segalanya.


Harapnya diterima, sehingga ke sana, Ya Rabb, aku minta, redhakan lah segalanya. 

Looking forward for it :)