Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, ahli
keluarga, serta para sahabat baginda. Semoga kita dimasukkan ke syurga yang
sama dengan Kekasih kita, dengan izin Pencipta alam ini.
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera penduduk bumi Allah sekalian.
Kadang-kadang kita
tengok dalam dunia ni, ada perempuan yang teringin benar nak jadi lelaki, lalu
ditahan apa yang sepatutnya tumbuh, dikasar apa yang sepatutnya lembut, semata
kerana nak menjadi berlawanan jantina.
Ada pula lelaki yang
ingin benar jadi perempuan, lalu apa yang tidak sepatutnya tumbuh, ditumbuhkan,
apa yang sepatutnya kasar, dilembutkan.
Lalu, apakah semua ini
akan berkekalan sampai bila-bila?
Tanpa sedar dan tanpa
berfikir kenapa Allah menjadikan kita sedemikian rupa.
Tenung kembali dalam
diri dan tanya ini kepada diri sendiri,
Allah pencipta aku, Dia
tahu tidak kelebihan dan kekurangan aku?
Allah pencipta aku,
sebaik-baik perancangan aku, perancangan siapa yang lebih bagus?
Allah pencipta aku, saat
diciptakan aku, adakah Dia sudah tahu apa yang akan berlaku?
Jika ada di antara
jawapan kita yang menandakan tidak, periksa semula, kita hidup di bumi siapa?
Memang, kita bukan
Nabi yang sempurna sampai semua, tapi kita masih hamba Dia. Untuk menjadi
sempurna itu mungkin tidak mampu tetapi sekurang-kurangnya, berusaha, itu kita
boleh usahakan bersama-sama.
Mulakan dengan yang
kecil, kembali kepada fitrah kita wahai adam dan hawa. Insya Allah, kalau kita
nak berubah demi Dia, Dia akan hantar orang baik untuk tolong kita.
Kita datang daripada
Dia, kita akan kembali kepada Dia, maka, tidakkan sepatutnya kita isi hidup
kita dengan ikut syariat Dia ~ Hilal Asyraf
MariKitaBerubah
Langkah-langkah untuk kita berubah itu bagaimana?
Cara yang selalu kita-kita akan buat apabila dia ingin berubah adalah dengan membaca buku.
Antara buku yang suka aku cadangkan
1) Untuk Kita Pendosa : Harapan Selalu Ada oleh Hilal Asyraf
2) Batu Bata Kehidupan oleh Hilal Asyraf
3) Irkan Ma'ana : Naiklah Bersama Kami, Bahtera Menuju Syurga oleh Hilal Asyraf
4) Langit Ilahi oleh Hilal Asyraf
5) Matahari oleh Hilal Asyraf
6) VT oleh Hilal Asyraf
7) Versus oleh Hlovate
8) Anthem oleh Hlovate
Bak kata Ehsan Hafiz,
Say sorry and sleep
Assalamualaikum